Friday, November 23, 2012

Pendirian Seorang Muslim


PENDIRIAN MUSLIM

1-Haraki & Dinamik
  •  Program luaran yang berkualiti (platform)
  • Amru Bil Ma’ruf & Nahyu ‘anil Munkar berterusan (khusus & umum)
  •  Liqa’ Ilmiah & Diskusi umum
  •   Memahami matlamat Gerakan Islam serta dalil kebenarannya

2-Berilmu
  • Pertingkat thaqafah ‘ammah serta perbanyak munaqasyah & daurah ‘ilmiyyah
  •  Mubadalah al-ara’ dalam ilmu Ilmiah bersama-sama rakan-rakan
  • Tingkatkan semangat menuntut ilmu dengan bacaan kitab biografi ulamak.
  •  Mengajar diri MULAI SEKARANG membaca ilmu-ilmu fardhu ain & kifayah yang bukan takhassus
  •   Memerhati Isu yang diragukan dan membuat analisa
  •   Menghasilkan terjemahan atau karya ilmiah hasil bacaan lalu diedarkan untuk umum.

3-Beramal dengan didasari ilmu
  •  Memantapkan amalan fardhu (taqarrub paling berkesan kepada Allah)
  • Memantapkan amalan puasa sunat , Mathurat serta zikir tetap yang shohih.
  •  Mewajibkan diri dengan bacaan al-Quran dan Solat Witir.
  • Tahajjud setiap malam (Paling sedikit sekali seminggu)
  • Solat jemaah. Paling kurang  Subuh & Isyak (bagi lelaki)
  • Kenali sifat mazmumah, neraka, jauhi riya’, sum’ah dan ‘ujub.
  •  Menjaga mu’amalat syabab & akhawat dengan sebaiknya.
  • Mengharamkan rokok bagi diri sendiri kerana memang HARAM dari sudut syarak.
  •  Menjauhkan diri dari segala jenis alat mainan GAMES.

4-Terbuka Pemikiran
  • Boleh dibawa berbincang dan berlapang dada.
  • Menerima teguran membina dari khusus dan umum & bersedia koreksi diri
  • Menjauhkan diri dari sikap melabel tanpa usul periksa termasuk dari sudut pakaian
  • Sanggup mendengar kritikan umum secara adil tanpa sentiment ‘aku sahaja yang benar.’
  •  Menganalisa hujah semua pihak, tolak jika salah, terima jika benar.

5-Matang & tidak tergesa-gesa (dalam tindakan & keputusan)
  • Berfikir tenang menghadapi cabaran & perang saraf penentang kebenaran
  • Berfikir dari pelbagai dimensi dan sudut dalam menentukan keputusan.
  • Mendahulukan membuat perbincangan dari pandangan peribadi dalam menentukan keputusan.   Bersedia menghadapi risiko keputusan yang dibuat.

6-Inovatif dan Tidak stereotype
  •  Dalam merangka program
  • Dalam percakapan & pengisian
  • Dalam merangka strategi menarik dan mengislah mad’u
  •  Dalam membina & menambah pengisian diri sendiri

7-Wala’ & Ta’at & Fiqh Awlawiyat
  •  Mendahulukan hal maslahat jama’iyyah dari fardiyyah
  •  Ta’at kepada keputusan
  • Bersemuka  dalam mengemukakan pandangan
  •  Mencegah diri dari mengutuk Gerakan Islam dari belakang tanpa munaqasyah

Catatan :
ELAKKAN – Tabi’e yang tidak tetap / Takut /Melampau /Langgar/Menonjol diri/Cemburu

Tuesday, November 20, 2012

Tak kenal maka tak cinta : Kenali penulis asal


Ummah Diversity (We're Muslims!)

kredit to ISS-USIM

Survey : Modul Rangka Praktikal Dalam Kehidupan (IRIS)


Kami membuka ruangan SURVEY untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan modul ini, kami akan memberikan sample modul ini bagi mendapatkan maklum balas daripada tuan/puan. Sila isikan maklumat yang diperlukan di bawah dan sample modul akan dihantar ke email tuan/puan selepas maklumat diproses.

Komponen Modul "ISLAM Rangka & Isi Kehidupan (IRIS)"

KERANGKA NILAI MAKNA HIDUP SEBAGAI MUSLIM
(PENDAHULUAN)


MODUL1: MUSLIM DARI ASPEK AKIDAH

MODUL 2: MUSLIM DARI ASPEK IBADAH

MODUL 3: MUSLIM DARI ASPEK AKHLAK

MODUL 4: MUSLIM DARI ASPEK RUMAH TANGGA

MODUL 5: MUSLIM PADA MINDA SEDAR DAN KAWAL DIRI

MODUL 6:  PROSPEK MASA DEPAN ISLAM DAN HIDUP UNTUKNYA

MODUL 7:  MAKNA HIDUP UNTUK ISLAM

***Di sini rangka dibina***